Sunday, March 26, 2017

Artikel | Makna Selawat Allah ke Atas Hamba-Nya


1. Biasa kita dengar ayat dalam surah al-Ahzab, ayat 56 berkenaan kelebihan berselawat ke atas an-Nabiy sallaLlahu `alayhi wasallam;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ 

[sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas an-Nabiy, ...]

dan sabda baginda sallaLllahu `alayhi wasallam;

من صلى عليَّ صلاةً واحدةً صلى الله عليه عشر صلواتٍ، وحطَّ عنه بها عشر سيئاتٍ، ورفعه بها عشرَ درجاتٍ

[barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat, digugurkan darinya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat]

Berkata Syu`ayb al-Arnaut dalam tahqiqnya ke atas Musnad Ahmad: "bermula hadith ini sahih, diriwayatkan ad-Darimi, al-Bukhari dalam al-Adab, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, Abu Ya`la, ibn Hibban dengan jalan dari Isma`il ibn Ja`far dengan isnad ini".

{Isnad ini: dari Isma`il, dari al-`Ala', dari ayahnya, dari Abi Hurayrah, secara marfu`.}

2. Persoalannya, apakah makna selawat Allah kepada para hamba-Nya?

Pendapat yang masyhur di nusantara adalah
يرحمه رحمةً واسعة
yakni Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas.

3. Di sana ada pendapat dari Abu al-`Aliyyah, dia berkata:
صلاة الله على نبيه ثناؤه عليه عند ملائكته.

[Bermula selawat Allah ke atas nabi-Nya adalah pujian-Nya ke atas nabinya di sisi para Malaikat]

4. Berkata al-Hafiz ibn Hajar al-`Asqalani dalam al-Fath, pada kitab ad-Da`awat, dalam Bab as-Salati `ala an-Nabiy sallaLlahu `alayhi wasallam;

وأولى الأقوال ما تقدم عن أبي العالية أن معنى صلاة الله على نبيه ثناؤه عليه وتعظيمه،

[Adapun pendapat yang terutama ada apa yang telah diperjelaskan dari Abi al-`Aliyah, bahawasanya selawat Allah ke atas Nabiy-Nya adalah pujian-Nya ke atas baginda dan pengagungan-Nya].

5. Alalngkah baiknya apa yang dihujjahkan al-`Allamah ibn `Uthaymeen dalam Syarah-nya ke atas al-Manzumah al-Bayquniyyah;

وأما من قال إن الصلاة من الله تعالى تعني الرحمة، فإن هذا القول ضعيفٌ، يضعّفُه قوله تعالى : { أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبْهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ } . ولو كانت الصلاة بمعنى الرحمة، لكان معنى الاية أي : أولئك عليهم رحماتٌ من ربهم ورحمة، وهذا لا يستقيم.

[... dan adapun sesiapa yang berpendapat selawat Allah ke atas adalah rahmah; maka pendapat ini adalah lemah.
Ia dilemahkan firman Allah ta`ala;

أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبْهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Mereka itulah orang-orang yang mendapat selawat Allah ke atas mereka dan rahmat-Nya. Merekalah orang-orang yang diberi petunjuk.
Kalaulah selawat-Nya bermakna rahmat, maka makna ayat tersebut adalah;

{merekalah orang-orang diberi rahmat oleh tuhan mereka dan diberi rahmat},

dan ini tidaklah sesuai].

6. Dan Allah lebih Tinggi dan lebih Tahu.

'Ataullah Mohd Ali,
Shah Alam.
Maktabah Ali Tuah.

Artikel | Kamu Ni Lagi Alim ke Dari Imam Shafii?

1. Tempoh hari, saya terbaca pada buku terbitan MAIS yang berjudul Bidaah: Antara Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah dan al-Wahabiyyah.

2. Ketika ia membicarakan berkenaan zikir secara jahar (nyaring), katanya ia adalah sunnah kerana di sana terdapat hadith yang diriwayat oleh al-Bukhāri dan Muslim;

Berkata ibn `Abbas, —semoga Allah meredainya:

أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم.

[bahawasanya mengangkat suara ketika habisnya solat fardu ada pada zaman an-Nabi – sallaLlahu `alayhi wasallam.]

2. Saya terfikir, adakah penulis buku ini lebih alim daripada al-Imām as-Syāfi`i – radiyaLlahu `anhu?
Adakah penulis ini mujtahid mutlak sehingga mampu mengistinbat sendiri daripada hadith tanpa merujuk kepada para ulama’?

Adakah mereka sudah kuasai ilmu-ilmu alat semisal nahwu, sarf, balaghah, bayan, nasikh wal-mansukh dll?

Tidakkah mereka tahu bahawa ulamā’ ibarat gelas yang memudahkan kita untuk minum daripada jag besar hadith nabi sallaLlahu `alayhi wasallam?

3. Berkata al-Imām al-Jalīl Abu `Abd Allah Muhammad ibn Idrīs as-Shafi`i – rahimahuLlah wa radiya `anhu di dalam al-Umm, pada bāb kalām al-imāmi wa julusihi ba`da as-salām;

وأختار للإمام والمأموم أن يذكرا اللهَ بعد الانصراف من الصلاو ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يحب أن يتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر فإن الله عزوجل يقول: «ولَا تجهرْ بصلاتك ولا تخافت بها» يعني والله تعالى أعلم الدعاء ولا تجهر ترفع ولا تخافت حتى لا تسمع نفسك ... إلخ

[Dan aku memilih (pendapat) agar imam dan makmum berzikrullah dan menyembunyikan [memperlahankan] zikir.

Kecuali jika imam mahu mengajar makmum, maka nyaringkanlah sehingga dia melihat makmum sudah faham,

kemudian perlahankanlah balik.

Kerana sesungguhnya Allah – `azza wa jalla – berfirman;
ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها.

Yakni: Allah – ta`ala – lebih mengetahui akan doa, maka janganlah dijaharkan dengan mengangkat suara dan janganlah pula perlahankan sehingga engkau sendiri tidak dengar...].

4. Namun saya pernah ditegur agar tidak terus mengemukakan teks al-Umm kerana teks al-Imām cumalah mampu difahami oleh para ulamā’ as-Shāfi`iyyah, maka saya bawakan kalam al-Imām an-Nawawi –rahimahuLlah di dalam al-Majmū`;

وهكذا قال أصحابنا: أن الذكر والدعاء بعد الصلاة يستحب يسر بهما إلا أن يكون إماما يريد تعليم الناس فيجهر ليتعلموا فإذا تعلموا وكانو عالمين أسره.

[... begitulah pendapat as-Shāfi`iyyah — iaitu zikir dan doa selepas solat sunat diperlahankan keduanya kecuali imam mahu mengajarkan makmun maka nyaringkanlah untuk mengajar makmun,

apabila mereka telah belajar dan tahu, maka perlahankanlah.]

5. Apakah penulis ini begitu hebat dan mujtahid daripada para as-hab as-Shāfi`iyyah?

Ketahuilah bahawa memperlahankan zikir dan doa itu sunnah di sisi Mazhab as-Shafi`i yang menjadi pegangan utama negara kita, Malaysia — selain Perlis.

Maka mari kita memperlahankan zikir dan doa DEMI MENGHORMATI MAZHAB MAJORITI DI NUSANTARA.

Janganlah jadi wahhabi yang tidak menyukai pendapat mazhab as-Shafii!

6. Saya menulis ini selepas mendengar ceramah Ustaz Engku Fadzil di Ikim.fm bertajuk ‘Ulama’ Pewaris Nabi’. Dia melarang para pendengar dari mengambil terus hukum daripada al-Qur'an dan sunnah, bahkan perlu melalui para ulama`.

#semakdirisendiri

`Ataullah Mohd Ali,
Shah Alam.

Sunday, March 12, 2017

Anekdot | Manakah yang Lebih Afdal; Bertasbih atau Beristighfar

al-Hafiz ibn al-Jauzi pernah ditanya, yang manakah yang lebih afdal; aku berzikir atau aku berisitighfar meminta ampun.

Maka beliau menjawab dengan jawaban yang sangat indah;

ثوب وسخ أحوج إلى الصابون من البخور
"baju yang busuk itu lebih berhajatkan 
sabun daripada minyak yang wangi."


[lihat al-Fath, kitab ad-Da`awaat, bab at-Tawbah]