Tuesday, May 30, 2017

Q&A | Tips Doa Dimakbulkan

Soalan,
“apakah tips-tips agar doa dimakbulkan Allah?”

Jawapan,
bismil Llāhi r-Rahmāni r-Rahīmi, al-hamd liLlāh, wa s-Salātu wa s-Salāmu ’alā Rasūli Llāh, wa’alā ālih, wa ba’d,

Allah –subhānahu wa ta’ālā– telah berfirman;

«ادعوني أستجب لكم، إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون جهنم داخرين.» [غافر؛ ٦٠]

Ertinya: Berdoalah kalian kepada Aku, nescaya akan Aku mustajabkan ia untuk kalian. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari berdoa kepada-Ku dan mentauhīdkan¹ Aku, mereka akan memasuki neraka Jahannam dalam keadaan hina dan kerdil.²

Dan firman-Nya lagi;

«وإذا سألك عبادي عني فإني قريب، أجيب دعوة الداع إذا دعان، فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لهلم يرشدون» [البقرة؛ ١٨٦]

Ertinya: Dan bilamana hamba-hamba-Ku bertanya tentang-Ku kepada engkau – wahai Muhammad –, maka ketahuilah bahawa ilmu aku³ begitu dengan mereka. Aku mendengar⁴ doa sang pendoa bilamana dia berdoa kepada-Ku. Maka taatilah Aku¹¹ dan berimanlah dengan-Ku, semoga kalian mendapat petunjuk.

Allah –jalla wa ’alā– telah mberi sebuah konfirmasi bahawasanya doa-doa akan dikabulkan.

Namun kenapa masih ada doa-doa yang tidak maqbūl [baca: diterima]?

Sheikh Muhammad bin Sālih al-Munajjid –hafizahu Llāh– melalui laman beliau ‹al-Islām: Su‘āl wa Jawāb› menyenarai 7 tips bagi memastikan doa sampai kepada Allah,

iaitu;

i. Ikhlās dalam berdoa.

Ini adalah syarat yang terpenting, firman Allah «وادعوه مخلصين له الدين» [dan berdoalah kalian kepada-Nya ikhlās untuk-Nya — 7:26].

Yang dimaksudkan dengan ikhlās adalah meyakini dengan pasti bahawa Allāh-lah yang diminta-minta, dan Dia berkuasa untuk mengabul hajat-hajat kita.

Sudah lepas?

ii. Tawbat dan kembali kepada Allah.

Ini kerana dosa merupakan antara hijab yang menutup doa kita untuk bertemu Allah. Kerana itu mulakanlah doa dengan istighfār [baca: memohon keampunan] sebelum diteruskan dengan hajat-hajat yang lain.

iii. Khushū’, khudū’ [baca: merendah diri], tazallul [baca: menghinakan diri].

Ini semua adalah roh doa.

iv. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dengan mengulang-ulang doa banyak kali tanpa tergesa-gesa.

RasuluLlah –salla Llāhu ’alayhi wasallam– bersabda;
يستجاب لأحدكم ما لم يعجل،
dimakbulkan doa setiap kamu selagi mana dia tidak tergesa-gesa,
يقول: دعوت فلم يستجب لي.
iaitu dengan berkata, “aku dah doa, tapi Allah tak makbulkan.”

v. Memperbanyakkan doa dalam keadaan senang.

RasuluLlah –salla Llāhu ’alaihi wasallam– bersabda;
تعرف إلى الله الرخاء، يعرفك في شدة.
Kenalilah Allah tatkala lapang, nescaya Dia adan mengenalimu tatkala sempit.

vi. Bertawassul dengan nama-nama Allāh yang baik.

Firman-Nya;
ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها.
Ertinya: Sesungguhnya bagi Allāh itu nama-nsma yang baik, maka berdoalah dengannya.

Sebagai contoh, jika kamu mahu meminta rezeki, maka berdoalah “ya Razzāq, berikan aku rezeki!”

vii. Memilih doa-doa yang ringkas dan padat, dan sebaik-baiknya sudah tentulah doa yang ma‘thūr daripada an-Nabiy –salla Llāhu ’alayhi wasallam.

Namun jika tidak mengetahui doa-doa yang ma’thūr, tidaklah pula menjadi kesalahan dengan doa kita sendiri. Walaupun dalam bahasa Melayu, hatta bahasa isyarat sekalipun!

Itulah ia tips-tips pengabulan doa yang dikongsikan Sheikh al-Munajjid dan anak-anak murid beliau.

Adapun mawāni’ atau penghalang-penghalang doa dari sampai kepada Allah, kita bincang lain kali.

Wa Llāhu ta’ālā a’lā wa a’lam, wa Llāhu l-Musta’ān wa ilayhi l-Musytakā.
Wa l-hamd liLlāhi Rabbi l-’Ālamīn.

Muhammad ’Ataullah bin Mohd Ali,
Penuntut Ilmu Shar’iy.

4 Ramadhān 1437,
Thulathā’.

[1] Lihat: Tafsīr ibn Kathīr
[2] ibid
[3] Lihat: Tafsīr al-Kitāb al-’Azīz oleh al-Wāhidiy
[4] ibid
[11] Lihat: Ma’ālim at-Tanzīl oleh al-Baghawiy

Sunday, May 28, 2017

Kritikan | Sunnah yang Menyalahi Sunnah

tidak pernah dinafikan, solat sunat tarāwīh adalah sunnah yang sewajarnya ia dicontohi dan diamalkan.

ia diamalkan oleh RasuluLlah –salla Llahu `alayhi wasallam– dan para sahabat baginda, dan ia adalah thābit.

baik berjemaah mahupun munfaridah, kedua-duanya adalah sunnah.

namun solat tarāwīh berjemaah dengan speaker dipasang luar dan dalam (sehingga didengari 200 meter dari masjid) adalah sesuatu yang menyalahi sunnah dan adab sosial.

ditambah dengan selawat di antara solat —yang tidak ada asalnya dari sunnah— oleh suara si bilal yang serak-serak basah, ia benar-benar menganggu!

pasanglah speaker dalam, kerana tidak ada yang di dalam rumah ingin mengikuti jemaah di masjid.

jangan kata ia menganggu kejiranan kāfir yang ingin tidur, malah ia juga menganggu orang Islam yang beribadah secara individu di dalam masjid dan di rumah masing-masing.

bukankah Islam itu indah dan mudah?

maka buktikanlah ia.