Monday, January 30, 2017

Pemula | Untuk Blogger yang Bukan Pertama

Bismillah, saya mulakan blog ini sebagaimana yang al-Bukhari mulakan dalam Sahih-nya, an-Nawawi dalam al-Azkar, al-Arba`in dan Riyad as-Salihin dan banyak lagi ulama; yang mana mereka memulakan penulisan mereka dengan satu hadith yang penting dan masyhur;

berkata Alqamah bin Waqqas al-Laythi, seorang tabiin, "bahawa aku mendengar `Umar bin al-Khattab [radiyallahu `anh] berkata di atas mimbarnya;

سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا
اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

[kata Umar], aku mendengar Rasulallah [sallallahu `alayhi wasallam] bersabda:

"Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niat. 
Dan seseorang cuma mendapat apa yang diniatkannya."

[Sahih, riwayat al-Bukhari, Muslim dll]


saya tidak mahu penulisan yang berat-berat, dan itu sememangnya sangat sukar untuk dibuat oleh saya. kerana terlampau biasa berbincang sesuatu yang berat.

`ala kulli haalin, saya cuba.

doakan hati saya thabat untuk menyebarkan ilmu,
bukan kerana mahukan populariti, harta, dan wanita, yang tidak ada nilai walai sebelah kepak nyamuk pun di sisi Allah.

waLlahu al-Musta`an, wailaiHi al-Musytaka.

No comments:

Post a Comment